Friday, February 25, 2011

Aim & Relationship

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Kali ini kita akan melihat salah dua jenis soalan yang biasa disoal dalam Bahagian B, iaitu AIM (TUJUAN) dan RELATIONSHIP (HUBUNGAN)

Soalan Aim (Tujuan)
Jawapan anda mesti ada ayat "To show/investigate/find out the relationship between WTC and WTO"
WTC dan WTO hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu.

ataupun "To show that _____________"

 Soalan Relationship (Hubungan) / Conclusion (Kesimpulan)
 Jawapan anda mesti ada "As the WTC trend, WTO trend."

Contoh 1:

Untuk soalan di atas, kenal pasti WTC dan WTO nya terlebih dahulu.

WTC ialah faktor yang mempengaruhi hasil penyiasatan.
WTO ialah hasil penyiasatan.





There is no victory without efforts, doa & tawakal.

Sunday, February 20, 2011

Self-Access Learning: Koleksi Kertas Soalan Science UPSR

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Sebahagian daripada set kertas soalan percubaan Science UPSR untuk beberapa tahun yang lepas (mengikut negeri) telahpun dimasukkan. Anda boleh click di sini untuk download kertas soalan.

Jawab semua soalan sebagai latih-tubi dan ulangkaji.

Jawapan bagi Bahagian A akan dimasukkan tidak lama lagi. Bagi jawapan Bahagian B, boleh jumpa saya untuk semakan jawapan.

Ingat, tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendiri!

"There is no victory without efforts, doa & tawakal"

Friday, February 18, 2011

Newly Added Science Online Games!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

New online games are added. Click Science Interactive Games and have fun!

Remember, learning Science is always fun!!

Monday, February 14, 2011

Teknik Menjawab Science Bahagian B - Intro

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Biasanya, ramai murid yang gagal mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang disebabkan gagal menjawab soalan-soalan Bahagian B dengan teknik yang betul.

Sebut saja Bahagian B, semua pakat kata susah..Betul ke susah?

Sebenarnya, setiap soalan mempunyai cara/teknik menjawab yang tersendiri. Oleh itu, sekiranya kamu boleh menghafal cara menjawab soalan-soalan tersebut, dengan izin Tuhan, kamu akan dapat menjawab soalan itu dengan tepat.

Tapi, apa yang penting...(kerjasama? bukan..itu Wonderpets! Hehe), selain menghafal cara jawab, kamu mestilah ingat isi-isi penting bagi topik soalan yang ditanya tu..Fahamkan konsep, baru boleh buat..

Berikut adalah soalan-soalan yang biasa diajukan dalam kertas soalan Science Bahagian B:


1. Aim (Tujuan)
2. WTC (What to Change)
3. WTO (What to Observe / Measure)
4. WTS (What to keep the Same)
5. Prediction (Ramalan)
6. Trend (Corak Perubahan)
7. Inference (Sebab/Alasan)
8. Relationship/ Conclusion (Hubungan/ Kesimpulan)

Kita akan kupas (macam buah pulak ye..) satu-persatu selepas ini.
Tunggguuuuu!!

"There is no victory without efforts, doa & tawakal"

Sunday, February 13, 2011

Science Process Skills (SPS)

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Topik kali ini adalah mengenai Science Process Skills (SPS), apakah dia SPS itu?

SPS ialah...

1. Kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang diajukan di dalam setiap soalan, selain daripada kemahiran berfikir.

2. Penting dalam mana-mana penyiasatan sains, contohnya semasa menjalankan eksperimen dan projek sains.

Ada 12 SPS yang perlu dikuasai oleh murid dari peringkat ke peringkat, iaitu:

1. Observing (Memerhati)
    Menggunakan semua deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) untuk mengenalpasti  
    sesuatu perkara.

2. Classifying (Mengelas)
    Membahagikan sesuatu objek atau perkara mengikut kumpulan, sama ada berdasarkan persamaan 
    ataupun perbezaan

3. Measuring & Using Numbers (Mengukur & Menggunakan Nombor)
    Pemerhatian kuantitatif (mengenai nombor dan ukuran) dengan membandingkan sesuatu mengikut unit
    standard (cm, m, l, ml, kg, g, dll) ataupun unit bukan standard (jengkal, tapak, cawan, dll)

4. Making Inference (Menyatakan Inferens / Sebab)
    Menggunakan pengalaman ataupun maklumat yang ada untuk menjelaskan sesuatu perkara ataupun 
    membuat kesimpulan.

5. Predicting (Meramal)
    Meneka apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang dikumpul.

6. Communicating (Berkomunikasi)
    Menggunakan perkataan dan simbol-simbol grafik (jadual, graf, rajah, model) untuk menghuraikan
    sesuatu tindakan, objek ataupun perkara.

7. Using Space-Time Relationship (Menggunakan Hubungan Ruang-Masa)
    - Menjelaskan perubahan-perubahan parameter dengan masa.
    - Contoh parameter: lokasi, bentuk, saiz, isipadu, jisim, dll)
  
8. Interpreting Data (Mentafsir Maklumat)
    Memberi penjelasan rasional tentang objek, perkara, ataupun corak perubahan yang berlaku daripada 
    data yang diperolehi.
 
9. Defining Operationally (Mentakrifkan Operasi)
    Mentakrifkan konsep dengan menjelaskan apa apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diperhati.

10. Controlling Variables (Mengawal Pembolehubah)
     - Menamakan WTC, WTO, WTS di dalam sesuatu penyiasatan.
     - What To Change (WTC) : Perkara yang berbeza dan mempengaruhi keputusan
     - What To Observe (WTO) : Hasil penyiasatan
     - What To Keep the Same (WTS) : Perkara yang mestilah sama sepanjang tempoh penyiasatan berjalan

11. Making Hypothesis (Membuat Hipotesis)
     - Membuat penyataan umum tentang hubungan di antara WTC dan WTO untuk menjelaskan 
       pemerhatian  ataupun perkara.
     - Boleh diuji untuk memastikan kebenarannya.

12. Experimenting (Mengeksperimen)
     - Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis.
     - Aktiviti mengumpul, menyelidik dan mentafsir maklumat dan membuat kesimpulan.

Banyak, kan? Ini baru SPS, belum lagi Thinking Skills dan Manipulative Skills yang perlu kamu kuasai. Apapun, dengan latihan dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, saya yakin kamu semua mampu lakukan yang terbaik. InsyaAllah..

"There is no victory without efforts, doa and tawakal"

Saturday, February 12, 2011

Langkah-langkah Menjawab Soalan Bahagian A & B

Bahagian A
4 langkah utama:
1. Baca soalan sekali lalu. Fahamkan kehendak soalan.
2. Baca sekali lagi dan gariskan kata kunci soalan. (Underline the keywords)
3. Tentukan tajuk soalan dan cuba ingati isi-isi penting mengenai tajuk tersebut.
4. Pilih jawapan yang paling tepat. Abaikan jawapan pengganggu.




Bahagian B
5 langkah utama:
1. Pastikan anda baca semua maklumat yang diberi. Fahamkan kehendak soalan.
2. Baca sekali lagi dan gariskan kata kunci soalan. (Underline the keywords)
3. Tentukan tajuk soalan dan cuba ingati isi-isi penting mengenai tajuk tersebut.
4.Kenalpasti dan catatkan pembolehubah (WTC, WTO) yang terdapat dalam soalan tersebut.
5. Tuliskan jawapan mengikut format yang betul.


Peringatan: Pastikan WTC dan WTO dengan betul kerana ia akan digunakan untuk menjawab sebahagian besar soalan yang dikemukakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...