Tuesday, March 29, 2011

Contoh Soalan Bahagian B - Stability of an Object

Satu lagi contoh saya berikan di sini untuk membantu kamu memahami lebih lanjut tentang teknik menjawab soalan Bahagian B.


Langkah 1: Kenalpasti tajuk / topik: Strength and Stability (Science Year 5).
Ingat faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.

Langkah 2: Baca semua maklumat yang diberi, gariskan kata kunci.
Kenalpasti WTC dan WTO
(Tiada jadual / graf di sini, oleh itu sila teliti betul-betul setiap ayat dan gambar yang diberikan)

Ingat!
WTC = Apa yang memberi kesan / mempengaruhi keputusan
WTO = kesan / keputusan


Oleh itu,
WTC = The base area of the metal tin
WTO = The stability of the metal tin

Langkah 3: Jawab soalan

(a) What was changed = WTC
Jawapan : The base area of metal tin / size of base area

(b) Relationship
"As the WTC trend, the WTO trend"

Jawapan: As the base area of metal tin increases, the stability of metal tin increases.

(c) WTKS / WTS - Apa yang mesti sama sepanjang eksperimen dijalankan
Jawapan: The height of metal tin / the weight of wooden block

(d) Relationship berdasarkan soalan
Langkah 1: Lihat semula ayat
"The size of wooden block also affects the stability of the structure" / "Saiz bongkah kayu juga mempengaruhi kestabilan struktur"

WTC: Size of wooden block
WTO: Stability of the structure

Ingat cara jawab: "As the WTC trend, the WTO trend"

Jawapan: As the size of wooden block increases, the stability of the structure decreases.

Logik: Apabila saiz beban (di atas) lebih besar daripada tapaknya (di bawah), objek akan kurang stabil dan mudah jatuh.

Soalan tambahan:

(e) Aim
Tips: To show the relationship between WTC and WTO (Lihat semula WTC dan WTO yang mula-mula anda kenalpasti tadi)

Jawapan: To show the relationship between the size of base area and the stability of the object.

Sekian. All the best!

"There is no victory without efforts, doa and tawakal".

Contoh Soalan Bahagian B - Table / Jadual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

PKSR 1 sudahpun bermula hari ini (Selasa , 29 Mac 2011). Esok paper Science & Mathematics.

Di sini saya sediakan satu contoh soalan Bahagian B yang berbentuk jadual.


Langkah 1: Kenalpasti tajuk / topik soalan = Waste Management (Science Year 6)

Langkah 2: Kenalpasti WTC dan WTO (daripada tajuk di dalam jadual)

Ingat! WTO adalah tajuk terakhir atau yang paling bawah di dalam jadual!

WTC adalah tajuk di atas, tetapi anda perlu pasti sama ada tajuk itu benar-benar sesuai dan mempengaruhi keputusan. Jika ia mempengaruhi keputusan, maka tajuk itu adalah WTC.

Oleh itu,
WTC = Year / Number of Year
WTO = Mass of Waste

Langkah 3: Gariskan kata kunci / keyword setiap soalan (Ingat teknik/cara menjawab untuk setiap soalan)

(a) Aim:
Ingat teknik jawab AIM!
"To show the relationship between WTC and WTO"
(Lihat semula tajuk jadual yang telah anda kenalpasti sebagai WTC dan WTO), salin semula.

Jawapan:
To show the relationship between number of year and the mass of waste.

(b) Conclusion:
Ingat teknik jawab CONCLUSION! - Sama seperti RELATIONSHIP.
"As the WTC trend, the WTO trend".

WTC dan WTO dah diketahui semasa awal tadi. Sekarang kenalpasti trend bagi WTC dan WTO pula (tengok jadual)

Jawapan:
As the number of year increases, the mass of waste increases.

(c) Prediction:
Lihat jadual, kenalpasti perbezaan bagi setiap WTC dan WTO.

WTC: beza 1 tahun (2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010)
WTO: Semakin bertambah 20kg setiap 1 tahun

Jawapan: 560 kg (Jangan lupa letakkan unit!)

(d) Relationship
Cara menjawab yang sama seperti menjawab Conclusion.
Tetapi kali ini, WTC dan WTO mestilah berdasarkan soalan yang diberi.

1. Lihat semula ayat:
"The amount of waste thrown by a school affected the cleanliness of the school".
"Jumlah bahan buangan yang dikeluarkan oleh sekolah memberi kesan kepada kebersihannya".

2. Kenalpasti WTC (Perkara yang memberi kesan) = The amount of waste thrown by a school.
3. Kenalpasti WTO (Kesan) = The cleanliness of the school.

4. Kenalpasti trend bagi WTC dan WTO (mestilah bersesuaian)

Logik: Bila sampah banyak, sekolah semakin kotor.

Jawapan:
As the amount of waste thrown by a school increases, the cleanliness of the school decreases.
/ Semakin banyak bahan buangan dikeluarkan oleh sekolah, semakin berkurang kebersihan sekolah itu.


Selamat mengulangkaji!

Ingat ya, latihan dan ulangkaji bukan hanya perlu dibuat menjelang peperiksaan sahaja, sebaliknya sepanjang waktu, terutamanya pada waktu terluang. 
Gunakan waktu terluang anda dengan bijak.

"There is no victory without efforts, doa and tawakal".

Friday, March 25, 2011

PKSR 1

PKSR 1 akan diadakan pada 29 Mac 2011 - 31 Mac 2011.

Get ready, do a lot of revisions and exercises.

Hope to see all of you get good results with flying colours!

All the best guys..

Wednesday, March 23, 2011

Kuiz Mac: Ditutup!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Perhatian!

Kuiz Terkumpul untuk bulan Mac telahpun ditutup, walaupun tarikh akhir penyertaan  masih ada seminggu lagi (30 Mac).

Sepertimana yang telah dimaklumkan terlebih dahulu, 3 penyertaan terawal dengan jawapan paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.

Ini dia pemenang untuk bulan Mac:

1. Aina Marlisa Bt Mohariz (6 Cerdas)
2. Mastura Bt Mahayadin (5 Cerdas)
3. Mohd. Feidhul Hakim B. Fatah Yassin (6 Cerdas)

Tahniah..Hadiah akan menyusul..:)

Saturday, March 19, 2011

Soalan Kuiz Mac Sudah Lengkap!

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

4 soalan mingguan untuk bulan Mac sudah pun diutarakan.
Untuk melihat kesemua soalan, sila klik ruangan ' Kuiz Terkumpul' 

Anda boleh dapatkan jawapan-jawapannya menerusi internet dan juga melalui pos-pos yang terdapat di laman blog ini.

3 penyertaan terawal dengan jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang.

Jangan lupa, khas untuk 'follower' sahaja. Siapa yang berminat nak join kuiz, bolehlah mendaftar sebagai 'follower'. 

Emailkan semua jawapan anda kepada aziah0504@yahoo.com sebelum 30 hb Mac 2011.
Jangan lupa sertakan sekali nama penuh dan kelas anda untuk tujuan pemberian hadiah (sekiranya terpilih sebagai pemenang)

Masuk jangan tak masuk. Bukan kena bayar apapun, kan..

"There is no victory without efforts, doa & tawakal"

Thursday, March 17, 2011

Nuklear - Radiasi & Kesannya Terhadap Kesihatan Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada masa ini sudah ramai yang mengetahui bahawa beberapa buah reaktor nuklear di Jepun telah meletup, akibat daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda negara tersebut.

Letupan tersebut telah menyebabkan kebocoran radiasi yang boleh membahayakan kesihatan hidupan.

Letupan reaktor nuklear memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk
setempat dan kawasan berdekatan

Ada yang menyebarkan berita bahawa Malaysia akan turut menerima tempias radiasi menerusi tiupan angin, pencemaran air dan juga hujan asid, sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Kenapa kita bimbang? Adakah kita patut bimbang?
Mari kita lihat serba sedikit tentang tenaga nuklear, kelebihan dan kekurangannya serta kesan radiasi terhadap kesihatan. Selepas itu, barulah anda putuskan sama ada patut bimbang ataupun tidak.

Apa itu nuklear?
Istilah ‘nuklear’ merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.

Kelebihan Tenaga Nuklear:
1. Menjamin keselamatan pembekalan tenaga negara.
Selepas 2030, loji-loji janakuasa nuklear Generasi Keempat (IV) yang masih lagi dibangunkan dijangka bukan hanya mampu menghasilkan elektrik, tetapi juga hidrogen cecair yang boleh diedarkan melalui sistem paip untuk dijadikan bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan, industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain.

Ilustrasi Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Reaktor Nuklear

2. Dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga fosil, terutama arang batu, minyak mentah dan gas asli seperti yang digunakan sekarang oleh negara.

3. Penjimatan kos
-  kos penjanaan elektrik oleh loji kuasa nuklear adalah lebih rendah berbanding sumber tenaga lain.

4. Daripada segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon adalah jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, berbanding dengan sumber tenaga lain.

Reaktor Nuklear

Keburukan Tenaga Nuklear
Pendedahan sinar radiasi daripada tenaga nuklear memberikan kesan buruk kepada kesihatan hidupan, khususnya manusia. Namun begitu, kesan-kesan yang dialami adalah bergantung kepada tahap pendedahan radiasi tersebut.

a)      Dos 25 Rems – 100 Rems boleh menyebabkan beberapa perubahan dikesan di dalam darah, namun begitu ia biasanya tidak membawa kesan yang berbahaya.

b)      Dos melebihi 100 Rems boleh menyebabkan tanda-tanda pertama penyakit seperti:
-    Mual / loya
-    Muntah
-    Sakit kepala
-    Mengalami pengurangan beberapa sel darah putih
-    Kayap (kulit akan menggelembung seperti terbakar, akibat tindak balas radiasi di dalam badan)

Penyakit kayap akibat tindak balas radiasi di dalam badan

c)      Dos 300 Rems dan lebih boleh menyebabkan perkara berikut:
-    Keguguran rambut (sementara)
-    Merosakkan sel-sel saraf
-    Merosakkan sel-sel yang melapisi saluran pencernaan
-    Mengalami kehilangan sel darah putih yang banyak, yang menyebabkan daya tahan tubuh terhadap penyakit akan menjadi lemah
-    Pengeluaran platlet darah akan berkurang, yang akan menyebabkan risiko pendarahan


d)      Dos 450 – 800 Rems (dan ke atas)
-    Mengalami demam dan cirit-birit
-    Boleh berlaku kematian dalam masa 2 – 14 hari.
-    Bagi mereka yang terselamat daripada kematian, berkemungkinan besar boleh menderitai penyakit-penyakit seperti leukimia (kanser darah), kanser paru-paru, kanser tiroid, kanser payu dara dan kanser organ-organ lain.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara dan sekiranya kehadiran bahan itu dikesan, tanda amaran akan dikeluarkan serta-merta

Jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.
Bagaimanapun, menurut beliau, agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh selain faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun, sekali gus menyukarkan pencemaran merebak.

Kemungkinan pencemaran radioaktif berlaku apabila letupan yang tercetus melebihi 800 meter ke atmosfera dan akan dibawa angin ke udara. Selagi tidak ada letupan besar berlaku dan disebarkan ke atmosfera, peluang pencemaran merebak ke negara lain juga tipis.
(Sumber: Harian Metro) 


Unit piawai (SI) bagi radiasi ialah Sievert (Sv).
1 Sv = 100 rems

Monday, March 14, 2011

Teaching Resources Will Be Added Soon!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah, banyak betul interactive games yang saya jumpa di internet ni, yang sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar, aktiviti pengukuhan dan pengayaan pelajar-pelajar saya.

InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan sediakan pautan yang sesuai untuk guru-guru jadikan sumber pengajaran pula..

Harapan agar sumber yang ada boleh membantu anda (guru-guru) melaksanakan sesi pengajaran & pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan!

"Sharing is caring.."

Sunday, March 13, 2011

Contoh Soalan Bahagian B - Observation (Pemerhatian)

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Topik kali ini = OBSERVATION / PEMERHATIAN

Untuk menjawab soalan PEMERHATIAN, murid mesti tahu maksudnya.

OBSERVATION / PEMERHATIAN = Mengenalpasti sesuatu objek atau perkara dengan menggunakan 5 deria (sama ada melihat, mendengar, sentuhan, bau dan rasa)

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid:

1. Menganggap bahawa PEMERHATIAN ialah apa yang boleh dilihat menggunakan mata sahaja.
2. Menjawab soalan PEMERHATIAN dengan membuat ayat CONCLUSION/KESIMPULAN.

 Terdapat 2 CARA untuk menjawab soalan Observation / Pemerhatian, iaitu:

1. Bandingkan WTO    (Jika terdapat lebih daripada satu sampel bahan / objek yang diuji)
2. WTO corak.    (Jika hanya ada satu sahaja sampel yang diuji)

Berikut adalah beberapa contoh bagi soalan observation / pemerhatian.

Contoh 1:
Topic: Properties of Materials (Sifat-Sifat Bahan)

Soalan: Write one observation that is obtained from the investigation.
Nyatakan satu pemerhatian yang didapati daripada penyiasatan ini.

Read more

Friday, March 11, 2011

Tsunami Jepun 2011

Pada 11 Mac 2011, satu gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter telah menggegar pantai timur Jepun, kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Gempa bumi tersebut telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang telah menghanyutkan hampir kesemua benda termasuklah kenderaan dan juga bangunan.



Subhanallah! Sangat gerun melihat semua benda 'disapu' sekelip mata saja..minta dijauhkan malapetaka sebegini daripada bumi Malaysia, Amin..

Monday, March 7, 2011

Newly Added UPSR Science Trial Paper

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Koleksi kertas ujian percubaan UPSR Sains telah ditambah..

Klik di sini.

Selamat menjawab!

"There is no victory without efforts, doa & tawakal"

Sunday, March 6, 2011

Contoh Soalan Bahagian B - Graf

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Kali ini, saya sediakan beberapa contoh soalan Bahagian B yang berbentuk graf sebagai maklumat.

Sebenarnya, memang mudah untuk mendapat markah penuh bagi soalan sebegini, sekiranya anda tahu cara menjawabnya.

Mari kita lihat.

Example 1:
   read more

Tuesday, March 1, 2011

Kuiz Terkumpul Bermula Sekarang!

Kuiz terkumpul telahpun bermula!

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada 'followers' blog ini sahaja (Pelajar-pelajar SK Seri Indra)
2. Setiap minggu, satu soalan kuiz (berkaitan Sains) akan diutarakan. Jumlah soalan terkumpul = 4 soalan setiap bulan.
3. Soalan-soalan kuiz boleh diperolehi di bahagian 'Kuiz Terkumpul'
4. Kumpulkan keempat-empat soalan dan hantarkan jawapan yang lengkap menerusi email kepada aziah0504@yahoo.com (sekali dengan nama dan kelas)
5. Penyertaan terawal dengan jawapan yang paling tepat akan dipilih sebagai pemenang. (Ada hadiah tau..)
6. Masuk jangan tak masuk!

Landslides in Brazil

Last week, a series of flash floods and mudslides struck the Serrana mountain region near Rio de Janeiro, Brazil, destroying buildings roads and more. Nearly 14,000 people are now homeless, 759 are reported to have been killed and another 400 remain missing in this, Brazil's worst-ever natural disaster. As soldiers make their way to remote towns with aid and transportation, Brazil's government has said it would accelerate efforts to build up a nationwide disaster-prevention and early-warning system. Collected here are photos from the mountainous regions near Rio that were so hard-hit by these landslides.

As Malaysians, we should be thankful to God for protecting us from major natural disasters. Let us take good care of our treasures by not destructing the Earth..Development is needed but must be under controlled, not for certain individual pocket's sake!















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...