Friday, May 8, 2020

Iqra' - Bacalah..dan Fahamilah Al-Quran di www.qurantranslation.co


Assalamualaikum WBT.

Sebagai umat Islam, membaca al-Quran adalah salah satu tuntutan agama. Islam sangat memandang mulia orang yang  membaca al-Quran serta menguasai kandungan al-Qur’an, memahami maksudnya dan mengamalkan isi kandungannya, Al-Quran yang dibaca akan membekalkan 'Nur' kepada pembacanya pada hari kiamat nanti, inshaAllah.

Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”

Bagaimana kita menguasai al-Quran? Kita kuasai al-Quran melalui bacaan dan memahami maksudnya, dan mengamalkannya. Rasa tidak lengkap apabila kita membaca sahaja tanpa memahami maksudnya, bukan? Alangkah bagusnya jika kita memahami bacaan al-Quran kita.

Saya ingin kongsikan satu laman web yang boleh membantu kita membuat penterjemahan al-Quran mengikut surah-surah yang kita kehendaki. 
Malah kita boleh memilih bahasa yang kita ingin utk penterjemahan. 




Boleh jenguk-jenguk laman web www.qurantranslation.co untuk penterjemahan tersebut.

Semoga amalan kita mencukupi untuk dijadikan bekalan di hari akhirat nanti. Aamiin.


CC: Layari juga laman web untuk para pendidik, ibu bapa dan pelajar untuk pelbagai informasi pendidikan di https://www.pendidik2u.my/koleksi-blog-pendidikan-terbaik-2-0/

Video Pdpc Penguasaan Fakta Melalui Lagu - Buruj

Assalamualaikim, good day.

Di sini cikgu kongsikan link PdPc cikgu untuk Slot Sains Sekolah Rendah bagi Program Tuisyen Online, Perlis Mengaji, bagi tajuk Buruj (Sains Tahun 6).
Boleh klik link berikut untuk menonton ya.

Video PdPc Buruj - Penguasaan Fakta Melalui Lagu

Semoga bermanafaat.

Video Lagu Buruj

Assalamualaikum, good day.

Hi, kadang-kadang kita mengalami masalah untuk mengingat fakta-fakta Sains yang banyak tu kan,..

Untuk topik Buruj (Sains Tahun 6), murid-murid dikehendaki mengingat fakta-fakta tentang 4 jenis buruj dan fungsi-fungsi.

Oleh itu, bagi membantu dan memudahkan murid-murid mengingati fakta-fakta tersebut, cikgu sediakan satu video parodi berserta lirik utk topik Buruj.
Boleh klik link di bawah untuk menonton ya.

Video Lagu Buruj

Semoga bermanafaat.

Video Parameter Pembolehubah dalam Eksperimen

Assalamualaikum, good day.

Dalam setiap eksperimen, mesti ada pembolehubah-pembolehubah yang telah ditetapkan bagi memastikan eksperimen yang dijalankan itu berjaya membuktikan hipotesis yang telah dibuat sebelum itu.

Penentuan parameter (ciri) bagi sesuatu pembolehubah adalah sangat penting dan mesti lengkap semasa kita menjalankan eksperimen dan juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains.

Saya kongsikan video tentang parameter-parameter yang biasa digunakan di dalam eksperimen.

Video Parameter Pembolehubah dalam Eksperimen

Semoga bermanafaat.

Sunday, April 19, 2020

Tips Memohon Jawatan Guru Cemerlang

Tips Memohon Guru Cemerlang.

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Cerita lama untuk dikongsi. Lantikan GC saya berkuatkuasa 2019, tahun lepas punya cerita, bukan tahun ini. Pemantauan verifikasi pada tahun 2018, bukan 2019.
Patut saya hairan pakat ucap tahniah 🤭. Apapun, terima kasih. 🌹
Sebenarnya dah lama nak share tips, tapi masa mencemburui.
Boleh share untuk panduan mereka yang berminat ya.

Baru-baru ini terima perkhabaran ramai rakan guru telah berjaya dan menerima pelantikan sebagai Guru Cemerlang gred 44/48/52/54. Tahniah diucapkan.
Sesungguhnya percapaian itu adalah antara yang terbaik dan termanis hasil daripada usaha cikgu2 selama ini.
Sebenarnya, ramai lg yang sememangnya layak menjadi Guru Cemerlang (GC), tetapi tidak memohon. Ya, utk pangkat GC ni mestilah memohon terlebih dahulu untuk melalui peringkat2 tapisan sebelum dilantik.
Ada yang 3-4 tahun berturut-turut memohon, sehingga ke peringkat pemantauan di sekolah, tapi tiada rezeki, tetapi alhamdulillah telah berjaya dalam lantikan GC pada tahun ini. Tahniah atas usaha dan semangat yg tidak pernah luntur.
Saya kongsi sedikit tips untuk rakan-rakan yang ingin mencuba memohon jawatan GC ini ya. Semoga boleh dijadikan panduan.

Peringkat-peringkat yang perlu dilalui:
Permohonan -> Saringan & Tapisan (Putrajaya) -> Pemantauan di sekolah untuk verifikasi (jika melepasi tapisan kelayakan) -> Keputusan & Pelantikan

Persediaan untuk memohon dan pemantauan:

1.  Menepati syarat kelayakan (cukup tempoh untuk memohon)
Sekurang-kurangnya 5 tahun di lantikan semasa untuk memohon. Untuk GC yang telah time based, 3-6 tahun. Ini kena rujuk pekeliling.

2. Sumbangan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, antarabangsa.
Jangan lupa simpan semua sijil-sijil sumbangan, penyertaan di pelbagai peringkat untuk dokumentasi. Sebagai bukti sumbangan cikgu.
Paling penting: Kemenjadian murid-murid cikgu sendiri dari aspek peningkatan dalam peperiksaan, pencapaian murid dalam pertandingan dan sebagainya.
Walaupun kita terlibat dengan pelbagai aktiviti, tetapi kebajikan murid kita sendiri jangan diabai.
Sumbangan sebagai Ketua Panitia, JU Daerah, JU Kebangsaan, panel-panel KPM, semua itu ada kreditnya.

3. Anugerah / Pencapaian dalam Profession Perguruan
Sekiranya cikgu-cikgu pernah mendapat apa-apa anugerah, contohnya Guru Inovatif, Ikon, dan sebagainya, mohonlah cikgu. Ini antara kredit terbesar untuk berjaya. (Pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman)

4. Hasil Penulisan
Sekiranya cikgu-cikgu ada menghasilkan apa-apa bahan penulisan ilmiah, simpan cikgu, sebagai evidens.
Modul, buku kerja, laman blog, youtube channel,
bahan-bahan ceramah yang cikgu hasilkan sendiri.

5. Inovasi dalam Pdpc & Kajian Tindakan
Sebagai guru, kita memahami murid-murid kita sendiri. Kenalpasti kelemahan murid dan buatlah inovasi untuk membantu murid.
Bahan inovasi boleh dijadikan Kajian Tindakan. Dokumentasikan semuanya. Bahan inovasi ini juga boleh digunakan dalam pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah/Negeri yang diadakan saban tahun, sebelum dipilih untuk ke peringkat kebangsaan.

6. Dokumentasi
Ini evidens paling penting untuk verifikasi semasa pemantauan. Saya pasti ramai antara kita yang kerjanya sangat cemerlang, tapi lemah dalam bahagian dokumentasi. Jujurnya, saya sendiri pernah terdetik rasa menyesal memohon, kerana perlu menyediakan dokumentasi yang lengkap dan tersusun. Tapi, alang-alang menyeluk pekasam kan.

Apa yang perlu ada semasa pemantauan?

Sediakan fail-fail berasingan untuk pemantauan:
1. Sumbangan peringkat sekolah (kurikulum, HEM & kokurikulum)
2. Sumbangan peringkat negeri
3. Sumbangan peringkat kebangsaan / antarabangsa
4. Sumbangan luar yang melibatkan komuniti
5. Sijil kursus-kursus peningkatan profesion yang pernah dihadiri
6. Hasil-hasil penulisan
7. Inovasi dan Kajian Tindakan
8. Rekod pencapaian murid (semua kelas yang cikgu ajar, terutamanya kelas peperiksaan)
9. Slide powerpoint (berdasarkan kehendak / syarat yang dikemukakan dalam surat makluman pemantauan)
10. PdPc - Pemantauan PdPc cikgu pun antara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan. Pastikan rph dan bbm cikgu lengkap. PAK21 dan teknologi dalam Pdpc sangat digalakkan.
11. Hubungan dengan rakan sekerja.
Pemantau akan turut bertemu dengan rakan-rakan sejawat kita untuk temuduga. Hubungan yang positif, ikhlas, inshaAllah akan membantu kita nanti.

Akhir sekali, teruskan berdoa, dan jangan putus asa. Allah SWT dah tetapkan rezeki masing-masing, dari pelbagai sudut, cuma cepat, atau lambat, bergantung kepada usaha dan semangat kita. InshaAllah.
Semoga tips2 ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan membantu rakan-rakan yang ingin mencuba untuk permohonan. InshaAllah.

Usaha, doa, tawakal.
Jaga niat, Allah pelihara.

Ikhlas,
Cikgu Sharifah Aziah
Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...