Friday, May 8, 2020

Iqra' - Bacalah..dan Fahamilah Al-Quran di www.qurantranslation.co


Assalamualaikum WBT.

Sebagai umat Islam, membaca al-Quran adalah salah satu tuntutan agama. Islam sangat memandang mulia orang yang  membaca al-Quran serta menguasai kandungan al-Qur’an, memahami maksudnya dan mengamalkan isi kandungannya, Al-Quran yang dibaca akan membekalkan 'Nur' kepada pembacanya pada hari kiamat nanti, inshaAllah.

Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”

Bagaimana kita menguasai al-Quran? Kita kuasai al-Quran melalui bacaan dan memahami maksudnya, dan mengamalkannya. Rasa tidak lengkap apabila kita membaca sahaja tanpa memahami maksudnya, bukan? Alangkah bagusnya jika kita memahami bacaan al-Quran kita.

Saya ingin kongsikan satu laman web yang boleh membantu kita membuat penterjemahan al-Quran mengikut surah-surah yang kita kehendaki. 
Malah kita boleh memilih bahasa yang kita ingin utk penterjemahan. 




Boleh jenguk-jenguk laman web www.qurantranslation.co untuk penterjemahan tersebut.

Semoga amalan kita mencukupi untuk dijadikan bekalan di hari akhirat nanti. Aamiin.


CC: Layari juga laman web untuk para pendidik, ibu bapa dan pelajar untuk pelbagai informasi pendidikan di https://www.pendidik2u.my/koleksi-blog-pendidikan-terbaik-2-0/

Video Pdpc Penguasaan Fakta Melalui Lagu - Buruj

Assalamualaikim, good day.

Di sini cikgu kongsikan link PdPc cikgu untuk Slot Sains Sekolah Rendah bagi Program Tuisyen Online, Perlis Mengaji, bagi tajuk Buruj (Sains Tahun 6).
Boleh klik link berikut untuk menonton ya.

Video PdPc Buruj - Penguasaan Fakta Melalui Lagu

Semoga bermanafaat.

Video Lagu Buruj

Assalamualaikum, good day.

Hi, kadang-kadang kita mengalami masalah untuk mengingat fakta-fakta Sains yang banyak tu kan,..

Untuk topik Buruj (Sains Tahun 6), murid-murid dikehendaki mengingat fakta-fakta tentang 4 jenis buruj dan fungsi-fungsi.

Oleh itu, bagi membantu dan memudahkan murid-murid mengingati fakta-fakta tersebut, cikgu sediakan satu video parodi berserta lirik utk topik Buruj.
Boleh klik link di bawah untuk menonton ya.

Video Lagu Buruj

Semoga bermanafaat.

Video Parameter Pembolehubah dalam Eksperimen

Assalamualaikum, good day.

Dalam setiap eksperimen, mesti ada pembolehubah-pembolehubah yang telah ditetapkan bagi memastikan eksperimen yang dijalankan itu berjaya membuktikan hipotesis yang telah dibuat sebelum itu.

Penentuan parameter (ciri) bagi sesuatu pembolehubah adalah sangat penting dan mesti lengkap semasa kita menjalankan eksperimen dan juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains.

Saya kongsikan video tentang parameter-parameter yang biasa digunakan di dalam eksperimen.

Video Parameter Pembolehubah dalam Eksperimen

Semoga bermanafaat.

Sunday, April 19, 2020

Tips Memohon Jawatan Guru Cemerlang

Tips Memohon Guru Cemerlang.

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Cerita lama untuk dikongsi. Lantikan GC saya berkuatkuasa 2019, tahun lepas punya cerita, bukan tahun ini. Pemantauan verifikasi pada tahun 2018, bukan 2019.
Patut saya hairan pakat ucap tahniah 🤭. Apapun, terima kasih. 🌹
Sebenarnya dah lama nak share tips, tapi masa mencemburui.
Boleh share untuk panduan mereka yang berminat ya.

Baru-baru ini terima perkhabaran ramai rakan guru telah berjaya dan menerima pelantikan sebagai Guru Cemerlang gred 44/48/52/54. Tahniah diucapkan.
Sesungguhnya percapaian itu adalah antara yang terbaik dan termanis hasil daripada usaha cikgu2 selama ini.
Sebenarnya, ramai lg yang sememangnya layak menjadi Guru Cemerlang (GC), tetapi tidak memohon. Ya, utk pangkat GC ni mestilah memohon terlebih dahulu untuk melalui peringkat2 tapisan sebelum dilantik.
Ada yang 3-4 tahun berturut-turut memohon, sehingga ke peringkat pemantauan di sekolah, tapi tiada rezeki, tetapi alhamdulillah telah berjaya dalam lantikan GC pada tahun ini. Tahniah atas usaha dan semangat yg tidak pernah luntur.
Saya kongsi sedikit tips untuk rakan-rakan yang ingin mencuba memohon jawatan GC ini ya. Semoga boleh dijadikan panduan.

Peringkat-peringkat yang perlu dilalui:
Permohonan -> Saringan & Tapisan (Putrajaya) -> Pemantauan di sekolah untuk verifikasi (jika melepasi tapisan kelayakan) -> Keputusan & Pelantikan

Persediaan untuk memohon dan pemantauan:

1.  Menepati syarat kelayakan (cukup tempoh untuk memohon)
Sekurang-kurangnya 5 tahun di lantikan semasa untuk memohon. Untuk GC yang telah time based, 3-6 tahun. Ini kena rujuk pekeliling.

2. Sumbangan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, antarabangsa.
Jangan lupa simpan semua sijil-sijil sumbangan, penyertaan di pelbagai peringkat untuk dokumentasi. Sebagai bukti sumbangan cikgu.
Paling penting: Kemenjadian murid-murid cikgu sendiri dari aspek peningkatan dalam peperiksaan, pencapaian murid dalam pertandingan dan sebagainya.
Walaupun kita terlibat dengan pelbagai aktiviti, tetapi kebajikan murid kita sendiri jangan diabai.
Sumbangan sebagai Ketua Panitia, JU Daerah, JU Kebangsaan, panel-panel KPM, semua itu ada kreditnya.

3. Anugerah / Pencapaian dalam Profession Perguruan
Sekiranya cikgu-cikgu pernah mendapat apa-apa anugerah, contohnya Guru Inovatif, Ikon, dan sebagainya, mohonlah cikgu. Ini antara kredit terbesar untuk berjaya. (Pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman)

4. Hasil Penulisan
Sekiranya cikgu-cikgu ada menghasilkan apa-apa bahan penulisan ilmiah, simpan cikgu, sebagai evidens.
Modul, buku kerja, laman blog, youtube channel,
bahan-bahan ceramah yang cikgu hasilkan sendiri.

5. Inovasi dalam Pdpc & Kajian Tindakan
Sebagai guru, kita memahami murid-murid kita sendiri. Kenalpasti kelemahan murid dan buatlah inovasi untuk membantu murid.
Bahan inovasi boleh dijadikan Kajian Tindakan. Dokumentasikan semuanya. Bahan inovasi ini juga boleh digunakan dalam pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah/Negeri yang diadakan saban tahun, sebelum dipilih untuk ke peringkat kebangsaan.

6. Dokumentasi
Ini evidens paling penting untuk verifikasi semasa pemantauan. Saya pasti ramai antara kita yang kerjanya sangat cemerlang, tapi lemah dalam bahagian dokumentasi. Jujurnya, saya sendiri pernah terdetik rasa menyesal memohon, kerana perlu menyediakan dokumentasi yang lengkap dan tersusun. Tapi, alang-alang menyeluk pekasam kan.

Apa yang perlu ada semasa pemantauan?

Sediakan fail-fail berasingan untuk pemantauan:
1. Sumbangan peringkat sekolah (kurikulum, HEM & kokurikulum)
2. Sumbangan peringkat negeri
3. Sumbangan peringkat kebangsaan / antarabangsa
4. Sumbangan luar yang melibatkan komuniti
5. Sijil kursus-kursus peningkatan profesion yang pernah dihadiri
6. Hasil-hasil penulisan
7. Inovasi dan Kajian Tindakan
8. Rekod pencapaian murid (semua kelas yang cikgu ajar, terutamanya kelas peperiksaan)
9. Slide powerpoint (berdasarkan kehendak / syarat yang dikemukakan dalam surat makluman pemantauan)
10. PdPc - Pemantauan PdPc cikgu pun antara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan. Pastikan rph dan bbm cikgu lengkap. PAK21 dan teknologi dalam Pdpc sangat digalakkan.
11. Hubungan dengan rakan sekerja.
Pemantau akan turut bertemu dengan rakan-rakan sejawat kita untuk temuduga. Hubungan yang positif, ikhlas, inshaAllah akan membantu kita nanti.

Akhir sekali, teruskan berdoa, dan jangan putus asa. Allah SWT dah tetapkan rezeki masing-masing, dari pelbagai sudut, cuma cepat, atau lambat, bergantung kepada usaha dan semangat kita. InshaAllah.
Semoga tips2 ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan membantu rakan-rakan yang ingin mencuba untuk permohonan. InshaAllah.

Usaha, doa, tawakal.
Jaga niat, Allah pelihara.

Ikhlas,
Cikgu Sharifah Aziah
Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah

Sunday, April 12, 2020

Kenali Soalan-Soalan KBAT Sains UPSR Kertas 1 & Kertas 2

Assalamualaikum, good day.
Jom kenal soalan-soalan KBAT dan teknik menjawab soalan-soalan tersebut.

Boleh klik link berikut untuk menonton dan jangan lupa subscribe youtube channel Cikgu Sharifah Aziah untuk lebih banyak video perkongsian.

KBAT Sains UPSR K1 dan K2

Wednesday, April 8, 2020

KPS - Mengenal Pembolehubah

Fokus Sains UPSR Program Tuisyen Online hari ini : Kemahiran Proses Sains - Mengenal Pembolehubah.
Kenapa saya memilih KPS ini untuk dibincangkan? Mengawal pembolehubah adalah salah satu kemahiran penting sebelum, semasa dan selepas menjalankan eksperimen. Kebolehan mengenal pembolehubah dalam eksperimen merupakan kunci penting untuk skor soalan2 eksperimen di dalam Sains Kertas 2.
Penentuan pembolehubah dengan betul membolehkan murid menjawab soalan-soalan lain dengan betul, seperti Tujuan, Pemerhatian, Kesimpulan / Hipotesis / Hubungan, serta soalan2 komunikasi spt melukis jadual dan carta palang.
Semoga perkongsian ini bermanafaat dan dimanafaatkan sebaiknya.

Sila klik link berikut untuk menonton. Jangan lupa subscribe youtube channel Cikgu Sharifah Aziah untuk lebih banyak perkongsian video.

Teknik Mengenal Pembolehubah

Video Pembelajaran Topik 'Gerhana'

Assalamualaikum, good day.
Tonton perkongsian saya untuk topik Gerhana.
Kita cover 1 topik terus. Mana2 yg x sempat nk touch tu, boleh la touch up sama2 ya.
Semoga bermanafaat.

Video Pembelajaran Gerhana

Saturday, April 4, 2020

Video Penguasaan Fakta Sains Melalui Lagu (Pengawetan Makanan)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jangan lupa ikut Program Tuisyen Online, Perlis Mengaji sepanjang PKP Covid-19 di facebook Jabatan Agama Islam Negeri Perlis / Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk siaran live dan rakaman subjek-subjek UPSR, PT3 dan SPM.

Kepada yang tiada facebook, boleh jenguk2 youtube channel Cikgu Sharifah Aziah untuk menonton video penuh "Sains UPSR: Penguasaan Fakta Melalui Lagu (Pengawetan Makanan)". Sila klik link berikut dan jangan lupa subscribe ye.

Video PdPc Pengawetan Makanan (Sains Tahun 6)

Saturday, December 14, 2019

Video Lagu Pengawetan Makanan (Sains Tahun 6)

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Saya kongsikan sebuah video yang saya hasilkan menggunakan lagu parodi Janam-Janam yang terdapat dalam CD Didik Hibur Vol. 1 saya.

Guru-guru boleh menggunakan video ini untuk PdPc mengikut kreativiti masing-masing. Murid-murid juga boleh gunakan video ini untuk hafalan fakta Sains bagi topik tersebut.

Boleh klik link youtube berikut untuk menonton. Jangan lupa subscribe channel Cikgu Sharifah Aziah ya! 😘😘

Video Lagu Pengawetan Makanan (Sains Tahun 6)

Friday, November 22, 2019

Analisis Penuh PPSR 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Saya kongsikan analisis PPSR 2019.
Sumber oleh KPM.
Ada perbandingan prestasi 2019 & 2018 utk subjek2 UPSR.

Untuk muat turun analisis lengkap, boleh klik link berikut
Analisis PPSR 2019.pdf

Tuesday, July 23, 2019

Tips Menjelang UPSR

Sedikit tips akhir menjelang peperiksaan Sains UPSR yang saya kongsikan bersama anak-anak didik saya:-

JANGAN LUPA:

1. Mulakan dengan doa. Tenangkan diri supaya boleh berfikir dan menjawab dengan baik.

2. Baca keseluruhan ayat.  Fahamkan situasi / cerita supaya mudah mencari point jawapan.

3.  Kenalpasti topik bagi soalan tersebut (penting untuk mencari jawapan kesimpulan Kertas 1, dan untuk jawab inferens Kertas 2)

4. Untuk soalan mencari graf, buat macam biasa kita buat (baca 1 ayat, tengok PB, cantas jawapan yang salah, baru baca ayat seterusnya)

5.  Cantas jawapan yang dah pasti salah, untuk memudahkan kamu memilih jawapan.

6.  Soalan KBAT Aplikasi mestilah SESUAI dengan situasi yang diberi

7. Jika ada masalah mencari jawapan untuk sesebuah soalan, tinggalkan sekejap soalan itu, jawab soalan lain dahulu. Selepas selesai, baru kembali semula menjawab soalan tersebut. Ini untuk mengelakkan pembaziran masa.

8. Kertas 2:
-baca dan fahamkan eksperimen
-kenalpasti topik
-tulis PM / PB / PUMA dengan lengkap

9.  Jangan lupa tulis perbandingan pada pemerhatian / inferens.

10.  Ingat semua teknik menjawab. Beri jawapan dengan ayat yang lengkap dan jelas.

11.  JANGAN OVER EXCITED kalau ada topik yang pernah dibincangkan itu naik dalam exam, kerana topik mungkin sama, tapi soalannya berbeza. Baca betul-betul soalan.
Jawab mengikut kehendak soalan. JANGAN CUAI.

12. PERINGATAN untuk anak-anak didik: Soalan mungkin nampak mudah, tapi penuh dengan trick yang boleh menyebabkan kehilangan markah jika cuai. Jangan lupa, gariskan kata kunci, dan fahamkan kehendak soalan betul-betul sebelum membuat pilihan jawapan.

All the best. Usaha yang terbaik.
Doa cikgu mengiringi kamu.

Salam sayang,
Cg Sharifah Aziah

Wednesday, August 22, 2018

Video Lirik Lagu Teknik Sains Kertas 2 oleh Cg Sharifah Aziah

Assalamualaikum & salam sejahtera.

UPSR hampir menjelang, namun ada antara murid-murid kita yang masih belum mengingat teknik-teknik menjawab soalan Sains Kertas 2.

Dengan ini, saya sediakan video lirik yang menggunakan melodi lagu popular Lagi Syantik. Terima kasih Indonesia khususnya kepada composer dan penyanyi lagu tersebut. Memang syantik melodinya. ☺☺

Sila klik link untuk terus ke video tersebut di youtube. Enjoy!

Lagu Teknik Sains Kertas 2 by Cg Sharifah Aziah (Lagi Syantik) 

 

Wednesday, July 25, 2018

Ready to Rumble Revision Sets

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memandangkan UPSR hampir menjelang, saya kongsikan bahan ulangkaji mengikut topik secara berperingkat.

Sila klik link berikut untuk download file daripada Dropbox: (Google Drive saya x dpt upload file):
 


Revision - Mesin
Revision - Putaran Bumi
Revision - Tenaga Revision - Bahan
Revision - Pengukuran 
Revision - Fotosintesis
Revision - Gigi
Revision - Magnet















Wednesday, September 13, 2017

Fasa-Fasa Bulan & Tutorial Cara Melukis Fasa-Fasa Bulan

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Fasa-fasa bulan adalah salah satu topik yang terdapat dalam Standard Pembelajaran Sains Tahun 5.

Maksud Fasa-fasa Bulan ialah perubahan bentuk bulan yang dapat dilihat dari Bumi.

Bulan berputar pada paksinya dari Barat ke Timur dan tempoh putarannya ialah 27 1/3 hari.

Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, tetapi memantulkan cahaya Matahari ke Bumi.

Bulan adalah satelit semula jadi Bumi yang sentiasa beredar mengelilingi Bumi. Bulan mengambil masa selama 27 1/3 hari untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi Bumi.

Faktor-faktor yang menyebabkan fasa-fasa bulan ialah:

1. Bulan beredar mengelilingi Bumi

2. Kedudukan Bulan berubah dengan masa semasa beredar mengelilingi Bumi

3. Luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahati adalah berbeza dari semasa ke semasa.

Dalam topik ini juga, murid perlu mengetahui, mengingati dan melakar bentuk-bentuk bulan mengikut tarikh-tarikh tertentu dengan betul.

Berikut adalah pautan kepada video tutorial yang cikgu hasilkan sebagai panduan murid-murid semua. Cubalah!

https://m.youtube.com/watch?v=mb5ezmZeJc8


~Usaha, doa, tawakal~

Cikgu Sharifah Aziah


Wednesday, August 3, 2016

Lirik Lagu-lagu Sains & Audio (Demo)

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sometimes learn through music is easier..especially when it is your favourite song.

Seronok buat lirik ni..Boleh release stress sambil2 membantu murid dan PdP rakan-rakan guru.

Boleh download lirik lagu-lagu Sains (Topik-topik Sains Tahun 5 & 6) di Google Drive saya. Lagu lain insha Allah bakal menyusul.

https://drive.google.com/drive/folders/0B47tiFWqFewOMW9IZjFvVmtfQUU





*Sharing is caring*



~Usaha, Doa , Tawakal ~

Cg. Sharifah Aziah

MODUL OTAK SAINS - LATIH TUBI KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Saya share Modul Otak Sains saya di sini pula.


Topik KBSR, tetapi masih relevan untuk KSSR.

Ada tiga modul semuanya yang berfokuskan KPS berikut:
1. Tujuan dan Pemboleh ubah
2. Pemerhatian dan inferens
3. Corak dan Hubungan

Anda boleh muat turun secara percuma di Google Drive saya:

 https://drive.google.com/drive/folders/0B47tiFWqFewOV24xQzVTN0gyRTA


*Sharing is caring. Bukan untuk tujuan komersil*


~Usaha, Doa, Tawakal ~

Cg Sharifah Aziah

Tuesday, June 17, 2014

Cara Menjawab Soalan Hipotesis

Hipotesis bermaksud 'kesimpulan awal' yang dibuat sebelum menjalankan eksperimen.
Setelah eksperimen dijalankan, barulah Kesimpulan dibuat berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Dalam bahagian B Kertas Sains UPSR, Hipotesis merupakan salah satu soalan yang biasa disoal.

Soalan biasanya disertakan dengan satu ayat pernyataan yang mengandungi pembolehubah manipulasi (PM) dan pembolehubah bergerak balas (PB).

Murid dikehendaki mengenalpasti PM dan PB daripada ayat tersebut sebelum menulis atau menjawab soalan hipotesis,

Di dalam setiap ayat pernyataan tersebut, terdapat 'kata kunci' ataupun 'keyword' bagi mengenal pasti PM dan PB dengan tepat.  Antaranya ialah:

* mempengaruhi
* dipengaruhi oleh
* memberi kesan kepada
* bergantung kepada


Perlu diingat bahawa PB adalah hasil ataupun keputusan penyiasatan yang diperolehi selepas eksperimen dijalankan. Oleh itu, PB akan diperolehi kemudian, bukannya semasa permulaan eksperimen.

Ada sesuatu yang menyebabkan keputusan (PB) yang diperolehi berbeza, iaitu PM yang sememangnya telah ditentukan sebelum eksperimen dijalankan.

Bagaimana mengenal pasti PM dan PB menggunakan kata kunci tersebut?

Caranya ialah dengan mengingati ayat di bawah:

PM mempengaruhi PB

PB dipengaruhi oleh PM

PM memberi kesan kepada PB

PB bergantung kepada PM


Cara menjawab soalan hipotesis:

Sama seperti cara menjawab soalan 'Hubungan' dan soalan 'Kesimpulan', iaitu:

1. Corak PM, corak PB
2. Jika PM corak, maka PB corak
3. Jika PM...., maka PB ....


Contoh 1:

"Ketinggian model mempengaruhi masa untuk model tumbang"               
                              PM                                                                  PB

Jawapan: 
Semakin bertambah ketinggian model, semakin cepat masa untuk model tumbang

Contoh 2:

"Jarak yang dilalui troli dipengaruhi oleh jenis permukaan"
                                                PB                                                              PM

Jawapan: 
Semakin licin jenis permukaan, semakin jauh jarak yang dilalui troli


Contoh 3:

"Jisim pemberat memberi kesan kepada pemanjangan spring"
                                        PM                                                                      PB

Jawapan: Semakin bertambah jisim pemberat, semain bertambah pemanjangan spring


Contoh 4:

"Saiz pokok bergantung kepada jarak antara pokok"
PB                                                                 PM

Jawapan: Semakin bertambah jarak antara pokok, semakin bertambah saiz pokok


Contoh 5:

"Kehadiran air dan udara mempengaruhi keadaan paku besi"

Jawapan: Jika ada air dan udara, maka keadaan paku besi akan berkarat


Perlu diingatkan sekali lagi, hipotesis adalah kesimpulan awal sebelum menjalankan eksperimen, maka ia tidak semestinya tepat. Namun begitu, kita semestinya cuba membuat hipotesis yang betul berdasarkan ilmu yang telah kita pelajari.

Apa yang penting, PM dan PB hendaklah dikenalpasti dengan betul.


All the best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...