Friday, June 17, 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh yang dirakamkan di Masjid Negara pada 16 Jun 2011

KUALA LUMPUR 16 Jun – Lebih 1,000 pengunjung menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh paling lama dalam tempoh 11 tahun di pekarangan Masjid Negara di sini bermula pukul 4.13 pagi (Anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Masjid Negara).

Fenomena gerhana maksimum selama 100 minit itu dapat disaksikan menggunakan 10 teleskop yang disediakan sempena Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di masjid itu.

Fasa pertama gerhana berlaku pada pukul 2.23 pagi dan ia dapat dilihat dengan jelas menerusi teleskop.

Bagaimanapun, gerhana maksimum pada pukul 4.13 pagi tidak begitu jelas kelihatan akibat terlindung oleh awan tebal.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Turut diadakan solat sunat gerhana berjemaah dan ceramah berkaitan kejadian gerhana bulan.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan fenomena itu, ia boleh ditonton semula menerusi laman web Angkasa di http://www.angkasa.gov.my/.

Gerhana bulan penuh selama 107 minit iaitu yang paling lama pernah dicatatkan sejak 1982, berlaku pada 16 Julai 2000.


(Sumber dari Utusan Malaysia)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...