Topik kali ini = OBSERVATION / PEMERHATIAN
Untuk menjawab soalan PEMERHATIAN, murid mesti tahu maksudnya.
OBSERVATION / PEMERHATIAN = Mengenalpasti sesuatu objek atau perkara dengan menggunakan 5 deria (sama ada melihat, mendengar, sentuhan, bau dan rasa)
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid:
1. Menganggap bahawa PEMERHATIAN ialah apa yang boleh dilihat menggunakan mata sahaja.
2. Menjawab soalan PEMERHATIAN dengan membuat ayat CONCLUSION/KESIMPULAN.
Terdpat 2 CARA untuk menjawab soalan PEMERHATIAN, iaitu:
1. Bandingkan WTO (Jika terdapat banyak sampel bahan/objek digunakan semasa ujikaji)
2. WTO corak (Jika hanya ada satu sampel bahan/objek sahaja digunakan semasa ujikaji)
CONTOH CARA MENJAWAB PEMERHATIAN SECARA PERBANDINGAN
Contoh 1:
Topic: Properties of Materials (Sifat-Sifat Bahan)
Soalan: Write one observation that is obtained from the investigation.
Nyatakan satu pemerhatian yang didapati daripada penyiasatan ini.
Jawapan:
The amount of water absorbed by cloth is the most compared to paper and plastic. / Kain menyerap paling banyak air berbanding kertas dan plastik.
Contoh 2:
Topic: Evaporation (Penyejatan)
Soalan: Write one observation that is obtained from the investigation. / Nyatakan satu pemerhatian yang didapati daripada penyiasatan ini.
Jawapan:
The time taken to dry a towel when the temperature is 35* is the least compared to other temperatures. / Masa untuk tuala kering pada suhu 35* adalah paling singkat berbanding pada suhu lain.
ATAU
The towel dries the fastest with a temperature of 35*C compared to other temperatures. / Tuala kering paling cepat pada suhu 35*C berbanding pada suhu lain.
ATAU
The towel dries the slowest with a temperature of 20*C compared to other temperatures. / Tuala kering paling lambat pada suhu 20*C berbanding pada suhu lain.
ATAU
At the temperature of 35*C, the towel dries the fastest compared to other temperatures / Tuala mengering paling cepat pada suhu 35*C berbanding pada suhu lain.
CONTOH CARA MENJAWAB PEMERHATIAN SECARA 'WTO CORAK'
Contoh 1:
Table 1 shows the
changes of water temperature when 300 ml water is boiled for 30 minutes.
Jadual
1 menunjukkan perubahan suhu air apabila 300 ml air dididihkan selama 30 minit.
Time/
minutes
Masa/ minit
|
0
|
10
|
20
|
30
|
Temperature
of water / °C
Suhu air / °C
|
25
|
50
|
75
|
100
|
Jawapan Pemerhatian:
Suhu air semakin bertambah
(WTO) (corak)
Contoh 2:
Jadual menunjukkan panjang lilin yang tinggal apabila dinyalakan selama 3 jam
Time
/ hour
Masa/ jam
|
1
|
2
|
3
|
The
length of candle left /cm
Panjang lilin yang
tinggal /cm
|
11
|
7
|
3
|
Panjang lilin yang tinggal semakin berkurang
(WTO) (corak)