Japan's Tsunami 2011

Pada 11 Mac 2011, satu gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter telah menggegar pantai timur Jepun, kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Gempa bumi tersebut telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang telah menghanyutkan hampir kesemua benda termasuklah kenderaan dan juga bangunan.



Subhanallah! Sangat gerun melihat semua benda 'disapu' sekelip mata saja..minta dijauhkan malapetaka sebegini daripada bumi Malaysia, Amin..

                                                 

                            
Sumber video dari youtube:
Tsunami Jepun 1
Tsunami Jepun 2
Tsunami Jepun 3
Tsunami Jepun 4
Tsunami Jepun 5
Tsunami Jepun 6
Tsunami Jepun 7


 Berikut ada sedikit maklumat berkaitan tsunami untuk dikongsi bersama.
(Sumber daripada http://pmr.penerangan.gov.my)

Apa itu Tsunami?
Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’. Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar (gelombang laut) yang terlalu kuat yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

Punca Tsunami
Tsunami berlaku disebabkan oleh:
  1. Kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut
  2. Tanah runtuh bawah laut
  3. Ledakan gunung berapi
  4. Letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorite 

Bagaimana Tsunami Terhasil?
Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak akan membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.


Apabila gelombang tsunami sampai ke pantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik.

Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulung di kemuncak seperti ombak biasa.

Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.



Bagaimana Gempa Bumi Boleh Mencetuskan Tsunami?
Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi.

Apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya dan menyebabkan air berkocak kuat. Gelombang akan terhasil daripada perubahan jisim air yang bertindak di bawah pengaruh graviti, yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil. Gelombang yang terhasil akan dapat bergerak dengan pantas.

Ilustrasi pergerakan plat tektonik bawah tanah yang boleh mengakibatkan kejadian Tsunami

Langkah Berjaga-Jaga:
1. Membina benteng di persisiran pantai untuk menahan bandar dari bahaya gelombang tsunami.
2. Kosongkan kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami, berpindah ke kawasan tanah tinggi
3. Elakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara tiba-tiba.
4. Elakkan daripada pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama melanda. Ini kerana tsunami mampu melanda beberapa kali berikutnya.  


Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita.

 p/s: Bumi ini sudah tua..semoga masing-masing sempat bertaubat di atas segala dosa yang telah dilakukan sebelum tiba masanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...