Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat

Sabtu, 21 Mei 2011 telah mencatat satu lagi sejarah hitam negara di mana telah berlaku satu kejadian tanah runtuh di daerah Hulu Langat, Selangor. Kejadian ini berlaku pada jam 2:30 petang dan telah melibatkan Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, menempatkan seramai 49 orang penghuni lelaki.


Ketika kejadian berlaku, seramai 23 orang penghuni rumah anak yatim ini berada di bawah khemah untuk persiapan menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim. Sementara menunggu rombongan tersebut, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Malang tidak berbau, kejadian berlaku sangat pantas dan masing-masing tidak dapat berbuat apa-apa.





Setakat jam 11 malam tadi, dilaporkan seramai 10 mangsa telah terbunuh, 9 orang telah terselamat, manakala 6 orang lagi masih belum ditemui.



Takziah kepada keluarga mangsa. Hanya doa yang mampu dititipkan. Semoga mereka ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman, Amin.

- Sumber daripada media massa.
* Gambar- Credit to CikguDahlia.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...