Sunday, February 13, 2011

Science Process Skills (SPS)

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Topik kali ini adalah mengenai Science Process Skills (SPS), apakah dia SPS itu?

SPS ialah...

1. Kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang diajukan di dalam setiap soalan, selain daripada kemahiran berfikir.

2. Penting dalam mana-mana penyiasatan sains, contohnya semasa menjalankan eksperimen dan projek sains.

Ada 12 SPS yang perlu dikuasai oleh murid dari peringkat ke peringkat, iaitu:

1. Observing (Memerhati)
    Menggunakan semua deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) untuk mengenalpasti  
    sesuatu perkara.

2. Classifying (Mengelas)
    Membahagikan sesuatu objek atau perkara mengikut kumpulan, sama ada berdasarkan persamaan 
    ataupun perbezaan

3. Measuring & Using Numbers (Mengukur & Menggunakan Nombor)
    Pemerhatian kuantitatif (mengenai nombor dan ukuran) dengan membandingkan sesuatu mengikut unit
    standard (cm, m, l, ml, kg, g, dll) ataupun unit bukan standard (jengkal, tapak, cawan, dll)

4. Making Inference (Menyatakan Inferens / Sebab)
    Menggunakan pengalaman ataupun maklumat yang ada untuk menjelaskan sesuatu perkara ataupun 
    membuat kesimpulan.

5. Predicting (Meramal)
    Meneka apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang dikumpul.

6. Communicating (Berkomunikasi)
    Menggunakan perkataan dan simbol-simbol grafik (jadual, graf, rajah, model) untuk menghuraikan
    sesuatu tindakan, objek ataupun perkara.

7. Using Space-Time Relationship (Menggunakan Hubungan Ruang-Masa)
    - Menjelaskan perubahan-perubahan parameter dengan masa.
    - Contoh parameter: lokasi, bentuk, saiz, isipadu, jisim, dll)
  
8. Interpreting Data (Mentafsir Maklumat)
    Memberi penjelasan rasional tentang objek, perkara, ataupun corak perubahan yang berlaku daripada 
    data yang diperolehi.
 
9. Defining Operationally (Mentakrifkan Operasi)
    Mentakrifkan konsep dengan menjelaskan apa apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diperhati.

10. Controlling Variables (Mengawal Pembolehubah)
     - Menamakan WTC, WTO, WTS di dalam sesuatu penyiasatan.
     - What To Change (WTC) : Perkara yang berbeza dan mempengaruhi keputusan
     - What To Observe (WTO) : Hasil penyiasatan
     - What To Keep the Same (WTS) : Perkara yang mestilah sama sepanjang tempoh penyiasatan berjalan

11. Making Hypothesis (Membuat Hipotesis)
     - Membuat penyataan umum tentang hubungan di antara WTC dan WTO untuk menjelaskan 
       pemerhatian  ataupun perkara.
     - Boleh diuji untuk memastikan kebenarannya.

12. Experimenting (Mengeksperimen)
     - Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis.
     - Aktiviti mengumpul, menyelidik dan mentafsir maklumat dan membuat kesimpulan.

Banyak, kan? Ini baru SPS, belum lagi Thinking Skills dan Manipulative Skills yang perlu kamu kuasai. Apapun, dengan latihan dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, saya yakin kamu semua mampu lakukan yang terbaik. InsyaAllah..

"There is no victory without efforts, doa and tawakal"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...