Monday, February 14, 2011

Teknik Menjawab Science Bahagian B - Intro

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Biasanya, ramai murid yang gagal mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang disebabkan gagal menjawab soalan-soalan Bahagian B dengan teknik yang betul.

Sebut saja Bahagian B, semua pakat kata susah..Betul ke susah?

Sebenarnya, setiap soalan mempunyai cara/teknik menjawab yang tersendiri. Oleh itu, sekiranya kamu boleh menghafal cara menjawab soalan-soalan tersebut, dengan izin Tuhan, kamu akan dapat menjawab soalan itu dengan tepat.

Tapi, apa yang penting...(kerjasama? bukan..itu Wonderpets! Hehe), selain menghafal cara jawab, kamu mestilah ingat isi-isi penting bagi topik soalan yang ditanya tu..Fahamkan konsep, baru boleh buat..

Berikut adalah soalan-soalan yang biasa diajukan dalam kertas soalan Science Bahagian B:


1. Aim (Tujuan)
2. WTC (What to Change)
3. WTO (What to Observe / Measure)
4. WTS (What to keep the Same)
5. Prediction (Ramalan)
6. Trend (Corak Perubahan)
7. Inference (Sebab/Alasan)
8. Relationship/ Conclusion (Hubungan/ Kesimpulan)

Kita akan kupas (macam buah pulak ye..) satu-persatu selepas ini.
Tunggguuuuu!!

"There is no victory without efforts, doa & tawakal"

2 comments:

  1. terima kasih cikgu...teruskan dengan teknik menjawab

    ReplyDelete
  2. terangkan langkah menjawab 1 hingga 8 tu.... saya tak sabar nak tahu teknik menjawabnya...Terima kasih byk-2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...