Tuesday, March 29, 2011

Contoh Soalan Bahagian B - Table / Jadual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

PKSR 1 sudahpun bermula hari ini (Selasa , 29 Mac 2011). Esok paper Science & Mathematics.

Di sini saya sediakan satu contoh soalan Bahagian B yang berbentuk jadual.


Langkah 1: Kenalpasti tajuk / topik soalan = Waste Management (Science Year 6)

Langkah 2: Kenalpasti WTC dan WTO (daripada tajuk di dalam jadual)

Ingat! WTO adalah tajuk terakhir atau yang paling bawah di dalam jadual!

WTC adalah tajuk di atas, tetapi anda perlu pasti sama ada tajuk itu benar-benar sesuai dan mempengaruhi keputusan. Jika ia mempengaruhi keputusan, maka tajuk itu adalah WTC.

Oleh itu,
WTC = Year / Number of Year
WTO = Mass of Waste

Langkah 3: Gariskan kata kunci / keyword setiap soalan (Ingat teknik/cara menjawab untuk setiap soalan)

(a) Aim:
Ingat teknik jawab AIM!
"To show the relationship between WTC and WTO"
(Lihat semula tajuk jadual yang telah anda kenalpasti sebagai WTC dan WTO), salin semula.

Jawapan:
To show the relationship between number of year and the mass of waste.

(b) Conclusion:
Ingat teknik jawab CONCLUSION! - Sama seperti RELATIONSHIP.
"As the WTC trend, the WTO trend".

WTC dan WTO dah diketahui semasa awal tadi. Sekarang kenalpasti trend bagi WTC dan WTO pula (tengok jadual)

Jawapan:
As the number of year increases, the mass of waste increases.

(c) Prediction:
Lihat jadual, kenalpasti perbezaan bagi setiap WTC dan WTO.

WTC: beza 1 tahun (2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010)
WTO: Semakin bertambah 20kg setiap 1 tahun

Jawapan: 560 kg (Jangan lupa letakkan unit!)

(d) Relationship
Cara menjawab yang sama seperti menjawab Conclusion.
Tetapi kali ini, WTC dan WTO mestilah berdasarkan soalan yang diberi.

1. Lihat semula ayat:
"The amount of waste thrown by a school affected the cleanliness of the school".
"Jumlah bahan buangan yang dikeluarkan oleh sekolah memberi kesan kepada kebersihannya".

2. Kenalpasti WTC (Perkara yang memberi kesan) = The amount of waste thrown by a school.
3. Kenalpasti WTO (Kesan) = The cleanliness of the school.

4. Kenalpasti trend bagi WTC dan WTO (mestilah bersesuaian)

Logik: Bila sampah banyak, sekolah semakin kotor.

Jawapan:
As the amount of waste thrown by a school increases, the cleanliness of the school decreases.
/ Semakin banyak bahan buangan dikeluarkan oleh sekolah, semakin berkurang kebersihan sekolah itu.


Selamat mengulangkaji!

Ingat ya, latihan dan ulangkaji bukan hanya perlu dibuat menjelang peperiksaan sahaja, sebaliknya sepanjang waktu, terutamanya pada waktu terluang. 
Gunakan waktu terluang anda dengan bijak.

"There is no victory without efforts, doa and tawakal".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...