Thursday, March 17, 2011

Nuklear - Radiasi & Kesannya Terhadap Kesihatan Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada masa ini sudah ramai yang mengetahui bahawa beberapa buah reaktor nuklear di Jepun telah meletup, akibat daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda negara tersebut.

Letupan tersebut telah menyebabkan kebocoran radiasi yang boleh membahayakan kesihatan hidupan.

Letupan reaktor nuklear memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk
setempat dan kawasan berdekatan

Ada yang menyebarkan berita bahawa Malaysia akan turut menerima tempias radiasi menerusi tiupan angin, pencemaran air dan juga hujan asid, sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Kenapa kita bimbang? Adakah kita patut bimbang?
Mari kita lihat serba sedikit tentang tenaga nuklear, kelebihan dan kekurangannya serta kesan radiasi terhadap kesihatan. Selepas itu, barulah anda putuskan sama ada patut bimbang ataupun tidak.

Apa itu nuklear?
Istilah ‘nuklear’ merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.

Kelebihan Tenaga Nuklear:
1. Menjamin keselamatan pembekalan tenaga negara.
Selepas 2030, loji-loji janakuasa nuklear Generasi Keempat (IV) yang masih lagi dibangunkan dijangka bukan hanya mampu menghasilkan elektrik, tetapi juga hidrogen cecair yang boleh diedarkan melalui sistem paip untuk dijadikan bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan, industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain.

Ilustrasi Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Reaktor Nuklear

2. Dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga fosil, terutama arang batu, minyak mentah dan gas asli seperti yang digunakan sekarang oleh negara.

3. Penjimatan kos
-  kos penjanaan elektrik oleh loji kuasa nuklear adalah lebih rendah berbanding sumber tenaga lain.

4. Daripada segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon adalah jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, berbanding dengan sumber tenaga lain.

Reaktor Nuklear

Keburukan Tenaga Nuklear
Pendedahan sinar radiasi daripada tenaga nuklear memberikan kesan buruk kepada kesihatan hidupan, khususnya manusia. Namun begitu, kesan-kesan yang dialami adalah bergantung kepada tahap pendedahan radiasi tersebut.

a)      Dos 25 Rems – 100 Rems boleh menyebabkan beberapa perubahan dikesan di dalam darah, namun begitu ia biasanya tidak membawa kesan yang berbahaya.

b)      Dos melebihi 100 Rems boleh menyebabkan tanda-tanda pertama penyakit seperti:
-    Mual / loya
-    Muntah
-    Sakit kepala
-    Mengalami pengurangan beberapa sel darah putih
-    Kayap (kulit akan menggelembung seperti terbakar, akibat tindak balas radiasi di dalam badan)

Penyakit kayap akibat tindak balas radiasi di dalam badan

c)      Dos 300 Rems dan lebih boleh menyebabkan perkara berikut:
-    Keguguran rambut (sementara)
-    Merosakkan sel-sel saraf
-    Merosakkan sel-sel yang melapisi saluran pencernaan
-    Mengalami kehilangan sel darah putih yang banyak, yang menyebabkan daya tahan tubuh terhadap penyakit akan menjadi lemah
-    Pengeluaran platlet darah akan berkurang, yang akan menyebabkan risiko pendarahan


d)      Dos 450 – 800 Rems (dan ke atas)
-    Mengalami demam dan cirit-birit
-    Boleh berlaku kematian dalam masa 2 – 14 hari.
-    Bagi mereka yang terselamat daripada kematian, berkemungkinan besar boleh menderitai penyakit-penyakit seperti leukimia (kanser darah), kanser paru-paru, kanser tiroid, kanser payu dara dan kanser organ-organ lain.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara dan sekiranya kehadiran bahan itu dikesan, tanda amaran akan dikeluarkan serta-merta

Jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.
Bagaimanapun, menurut beliau, agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh selain faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun, sekali gus menyukarkan pencemaran merebak.

Kemungkinan pencemaran radioaktif berlaku apabila letupan yang tercetus melebihi 800 meter ke atmosfera dan akan dibawa angin ke udara. Selagi tidak ada letupan besar berlaku dan disebarkan ke atmosfera, peluang pencemaran merebak ke negara lain juga tipis.
(Sumber: Harian Metro) 


Unit piawai (SI) bagi radiasi ialah Sievert (Sv).
1 Sv = 100 rems

7 comments:

  1. ........A lot of nucklear power knolage hear...must read :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the comment, Feidhul. Always alert the current issues around us..:)

    ReplyDelete
  3. Adakah tenaga nuklear ni baik? Adakah ia relevan di Malaysia?

    ReplyDelete
  4. kesan kepada sumber makanan di hiroshima macam mana ?

    ReplyDelete
  5. apa kesan kepada persekitaran dan kehidupan manusia ?

    ReplyDelete
  6. Tenaga nuklear mempunyai kebaikan dan keburukan.Kebaikan tenaga nuklear ialah,dapat menjimatkan kos seperti,kos penjanaan elektrik oleh loji kuasa nuklear.Keburukan tenaga nuklear ialah,memberi kesan buruk dari segi kesihatan.Contohnya,mual,loya, muntah dan sakit kepala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...